BARAKA HABBATUS SAUDA
Habbatus sauda( jintan hitam ) merupakan antara makanan sunnah iaitu makanan yang diamalkan oleh junjungan besar S.A.W. selain dari madu, kurma, air zamzam dan sebagainya. Ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh imam al-Bukhari:- Maksudnya:-"Sesungguhnya al-Habbatus Sauda boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali al-Sam."saya bertanya "Apakah al-Sam itu?"Baginda menjawab "al-Sam iaitu Maut"


Tumbuhan ini yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Ciri-Ciri Habbatus Sauda menurut Dr. Abdullah Abdurraziq Mas’ud, di dalam kamus al-Mu’jam al-Wasit mendefinisikan habbatus sauda iaitu sebagai sejenis rumput yang berwarna hitam yang bermusim tahunan. Ia mempunyai daun yang kecil serta halus dan bunganya pula berwarna biru. Di hujung bunga tersebut terdapat buah yang berbungkus yang di dalamnya terdapat biji kecil yang berwarna hitam.

Dari sudut saintifik, habbatus sauda termasuk di dalam family atau jenis Nigelle dan Ranunculus atau Remun Culaceae dan nama saintifik bagi habbatus sauda ini ialah Nigelle Sativa.
Jintan hitam

Khasiat Habbatus Sauda:-

  • Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
  • Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan masalah haid, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
  • Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
  • Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
  • Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa kesan sampingan
  • Melalui hasil analisa yang telah dijalankan oleh Dr. Zemmy HM Rai, beliau mendapati bahawa habbatus sawda’ ini mengandungi enzim-enzim penghadaman, fostat, kalsium sulfur, karbohidrat, anti bakteria, anti kanser, hormon-hormon penguat tenaga batin, unsur-unsur peningkatan seksual, melawas air kecil (kencing) dan penyembuh demam kuning. Malah di dalam habbatus sauda’ ini juga terdapat beberapa bahan yang penting iaitu fixed oil (saturated dan unsaturated), minyak-minyak asas (sterol, carvone, thymohydro quinine, limonine, cymene), alkali (alkoloids), saponin dan asid amino.

    Pada tahun 1986, Dr. El-Kadi dan Dr. Kandil membuat kajian yang melibatkan dua kumpulan sukarelawan. Bagi kumpulan pertama, setiap individu diberikan kapsul habbatus sauda’ sebanyak satu gram bagi diambil dua kali sehari selama empat minggu dan kumpulan kedua diberikan kapsul kosong atau placebo. Kadar sel-sel putih dalam darah atau complete lymphocyte count dikenal pasti sebelum dan selepas kajian dilakukan. Selepas empat minggu, didapati daya ketahanan sel putih atau helper to suppressor T-cell ratio sukarelawan yang mengambil habbatus sauda’ meningkat sebanyak 72 kumpulan dan sebaliknya bagi kumpulan yang kedua, ia didapati menurun sebanyak 7 peratus. Dalam laporan yang dikemukakan, mereka merumuskan penemuan ini dapat dijadikan batu asas bagi merawat pesakit-pesakit AIDS, barah dan seumpamanya kerana habbatus sauda’ mampu merangsang sistem pertahanan badan atau immune system secara positif. Keputusan kajian ini disahkan oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor Basil Ali dan kumpulannya dari Kolej Perubatan Universiti Raja Faisal. Hasil kajian itu dimuatkan di dalam Saudi Pharmaceutical Journal pada tahun 1993. Dr. Haq dari Pusat Penyelidikan Biologi dan Perubatan di Riyahd, Saudi Arabia juga mengesahkan kebenaran penemuan ini pada tahun 1997.
  • Dr. Badr-el-din dan Dr. Mahfouz pada tahun 1960 mendapati ianya berfaedah dalam rawatan penyakit asma.
  • Kajian yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Amala di Amala Nagar, Kerala, India pada tahun 1991 mendapati ianya dapat membantu dalam rawatan kanser.
  • Ahli-ahli sains dari Jabatan Farmasi, Universiti Dhaka Bangladesh melakukan kajian yang membandingkan habbatus sauda dengan lima antibiotik yang terkenal dan mendapati ianya lebih berkesan berbanding kelima-lima antibiotik tersebut.
  • Penawar influenza A ( H1N1 )

Para pengkaji membuat kesimpulan mengenai 7 ciri utama Habbatus Sawda iaitu:-

1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:monosaccharide glukosa, xylosa dsb. Polysaccharide fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu


Baraka Habbatus Sauda:-

Baraka Habbatussauda adalah minyak habbatussauda yang dipek dalam kapsul soft gelatin. Produk ini dihasilkan di Iskandariah, Mesir ( Alexandria, Egypt).
Antara kelebihan Baraka Habbatussauda ialah:-
  • Berisi minyak extrak habbatussauda, 4 kali lebih banyak dari pada kapsul serbuk
  • Diproses di Mesir, yang merupakan lokasi perkebunan habbatussauda yg subur
  • Dipek menggunakan soft gelatin kapsul
  • Dibuat dengan mesin industri farmasi standard
  • Ringan dan praktikal untuk dibawa ke mana sahaja
Sekotak Baraka Habbatus Sauda mengandungi 24 kapsul. Cara pemakanannya ialah dengan mengambil 2 kapsul sehari, pagi dan petang.
Sesungguhnya banyak manfaat kesihatan atau khasiat yang boleh didapati dari Habbatus Sauda ini sehingga ia diberi gelaran “The Seed of Blessing”/ “Habbatul Barakah” , yang ertinya " Biji-bijian yang mengandungi berkat".
Semoga usaha dan ikhtiar kita demi kesihatan tubuh badan diredhai dan diberkati Allah S.W.T. disamping kita untuk mengikut sunnah pemakanan Rasullullah S.A.W.





MAKKAH AL-MUKARRAMAH
KELEBIHAN & SEJARAH



Buku Makkah al-Mukarramah: Kelebihan dan Sejarah, ditulis oleh Dr. Abd. Basit Abd. Rahman, seorang pendakwah dan penulis yang terkenal, diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd.

Buku ini membawa penampilan tentang sejarah Makkah al-Mukarramah sebagai sebuah bandar paling lama dan bersejarah, kelebihan, pembangunan dan perkembangan semasa kota suci ini, sempadan tanah haram, tentang ibadah tawaf dan sa'i serta syarat-syarat memasuki Makkah.

Buku ini juga menceritakan sejarah dan detil struktur binaan Kaabah, telaga zamzam, Hajarul Aswad, Maqam Ibrahim, perkembangan Masjidil Haram, cara penyusunan saf di keliling Kaabah, lokasi ibadah haji, (al-Masya'ir) seperti Arafah, Mina dan Muzdalifah serta masjid-masjid dan tempat-tempat menarik penuh bersejarah di Makkah.



Semua gambar foto, artifak dan lukisan bersejarah disertakan dalam bentuk warna warni yang menarik. Semua fakta lengkap dengan dalil daripada al-Quran dan hadis sahih.



Buku ini bukan sahaja patut dimiliki oleh bakal-bakal haji malah setiap individu Muslim di negara ini untuk mengetahui tentang kelebihan serta sejarah tanah suci Makkah al-Mukarramah, tempat lahirnya Islam yang juga merupakan tempat terletaknya kiblat umat Islam seluruh dunia.



Dr. Abdul Basit Abdul Rahman atau dikenali sebagai Abu Anas Madani merupakan seorang pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan. Mendapat B.A. (Syariah), M.A. (Syariah) dan Ph.D (Syariah) di Universiti Islam Madinah. Beliau juga merupakan Musyrif (Penyelia) Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan dan pernah menjadi Panel Penasihat Dakwah, Kerajaan Negeri Kelantan. Tahun 1428-1429H. Beliau juga pernah menjadi Panel Jemputan TV9, Program “Tanyalah Ustaz” dan “Muqaddimah”. TV3 “Al-Kuliyah”Panel Jemputan Radio Ikim.fm. Program “Pondok Warisan” serta Kolumnis Majalah SOLUSI (Terbitan Telaga Biru) Ruang: SYIAR disamping menerima jemputan ceramah, seminar, forum dan kuliah di seluruh negara.

Older Posts

Blogger Template by Blogcrowds.