MAKKAH AL-MUKARRAMAH
KELEBIHAN & SEJARAH



Buku Makkah al-Mukarramah: Kelebihan dan Sejarah, ditulis oleh Dr. Abd. Basit Abd. Rahman, seorang pendakwah dan penulis yang terkenal, diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd.

Buku ini membawa penampilan tentang sejarah Makkah al-Mukarramah sebagai sebuah bandar paling lama dan bersejarah, kelebihan, pembangunan dan perkembangan semasa kota suci ini, sempadan tanah haram, tentang ibadah tawaf dan sa'i serta syarat-syarat memasuki Makkah.

Buku ini juga menceritakan sejarah dan detil struktur binaan Kaabah, telaga zamzam, Hajarul Aswad, Maqam Ibrahim, perkembangan Masjidil Haram, cara penyusunan saf di keliling Kaabah, lokasi ibadah haji, (al-Masya'ir) seperti Arafah, Mina dan Muzdalifah serta masjid-masjid dan tempat-tempat menarik penuh bersejarah di Makkah.



Semua gambar foto, artifak dan lukisan bersejarah disertakan dalam bentuk warna warni yang menarik. Semua fakta lengkap dengan dalil daripada al-Quran dan hadis sahih.



Buku ini bukan sahaja patut dimiliki oleh bakal-bakal haji malah setiap individu Muslim di negara ini untuk mengetahui tentang kelebihan serta sejarah tanah suci Makkah al-Mukarramah, tempat lahirnya Islam yang juga merupakan tempat terletaknya kiblat umat Islam seluruh dunia.



Dr. Abdul Basit Abdul Rahman atau dikenali sebagai Abu Anas Madani merupakan seorang pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan. Mendapat B.A. (Syariah), M.A. (Syariah) dan Ph.D (Syariah) di Universiti Islam Madinah. Beliau juga merupakan Musyrif (Penyelia) Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan dan pernah menjadi Panel Penasihat Dakwah, Kerajaan Negeri Kelantan. Tahun 1428-1429H. Beliau juga pernah menjadi Panel Jemputan TV9, Program “Tanyalah Ustaz” dan “Muqaddimah”. TV3 “Al-Kuliyah”Panel Jemputan Radio Ikim.fm. Program “Pondok Warisan” serta Kolumnis Majalah SOLUSI (Terbitan Telaga Biru) Ruang: SYIAR disamping menerima jemputan ceramah, seminar, forum dan kuliah di seluruh negara.

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds.