RINDU MENGGAMIT KE PINTU SYURGA

(Memoir Perjalanan Ke Baitullah)



Buku ini merupakan satu memoir perjalanan penulis, Hjh Sabariah Md Udin, ke Baitullah pada tahun 2003. Ia di persembahkan dalam bentuk cerita untuk menjadikan ia menarik untuk bacaan & panduan kepada yang bakal & telah menunaikan haji.

Tujuan utama buku ini ditulis adalah untuk membantu para pembaca mendapatkan gambaran sebenar keadaan jemaah haji ketika di Tanah Suci Makkah. Diharapkan, ianya dapat dijadikan iktibar dan garis panduan kepada bakal-bakal jemaah haji.

Selain dari pengalaman sebenar, buku ini juga turut memuatkan Nas-nas Al-Quran serta Hadis yang berkaitan dengan topik / pengalaman yang dilalui.


Turut diselitkan juga kisah sejarah perjalanan haji, pembinaan Masjidilharam & Kaabah, perjuangan Rasulullah S.A.W dan Sahabat, serta kata-kata nasihat daripada ulama.


Buku ini bukan sahaja ditujukan kepada bakal jemaah haji, malah ia juga sesuai dijadikan sumber bacaan keluarga, kerana, matlamat paling besar buku ini, adalah untuk mengingatkan rahmat dan ampunan dari Allah S.W.T yang amat luas. Sentiasalah bertawakkal dan berserah, tabah dan sabar menghadapi ujian hidup, serta berbaik sangka kepada Allah dalam menjalani urusan kehidupan seharian agar sentiasa mendapat keredhaanNYA.



Apa Kata Mereka?

Banyak Sekali Mutiara Pengalaman Yang Dapat Dikutip...

Buku yang ditulis setulus hati, mengimbau seribu kenangan. Ia juga memperincikan langkah-langkah dalam menunaikan ibadah haji dengan diselangseli beberapa pengajaran serta perkara yang seharusnya diawasi. Bagi mereka yang baru hendak melangkah ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah yang dituntut ini, banyak sekali mutiara pengalaman yang dapat dikutip. Bagi mereka yang sudah menunaikan Rukun islam ke lima pula, sudah tentu akan tersingkap kembali kenangan manis mahupun pahit yang telah dilalui. Buku yang menyorot pendekatan yang berbeza daripada panduan haji lazim dalam pasaran..

Prof. Madya Dr. Umi Kalthum
Pensyarah USM
Penulis buku "Sentuhan Muttaqeen" , "Seungu Lavender" , "Seindah Dafodil" dan "Jadi, Anda Mahu Menulis?"

Menggamit Semula Rindu Untuk Ke Hadapan Kaabah...

Sebuah buku yang menyentuh hati, mengamit lagi mereka yang pernah sampai ke hadapan Kaabah untuk kembali bersimpuh dan mengenang detik itu. Buku ini juga melambangkan kemurniaan niat dan impian akan menjadi kenyataan. Bila ILMU adalah harta, buku ini adalah kekayaan-NYA dan menjadi panduan sepanjang zaman.

Puan Fadilah Othman
Pengurus Program Lambaian Kaabah

Terasa Benar Lambaian Kaabah Semakin Hampir...

Ketika membaca buku ini keseluruhannya tanpa melangkau walau sebaris ayat, terasa benar lambaian Kaabah itu semakin hampir. Alhamdulillah, akhirnya saya menyusul jua di hadapan Kaabah membawa bersama doa yang dititipkan agar terbitnya buku ini bukanlah usaha yang sia-sia. Selain panduan dan tips mengerjakan haji dan umrah terdapat kuliah-kuliah agama. nasihat ulama' dan sejarah perjuangan Rasulullah SAW dan para Sahabat yang diceritakan dalam buku ini, sesuai untuk semua golongan terutama anak-anak sekolah dan remaja

Puan Nazira Abd Rahim
Peguam



Hajah Sabariah Md. Udin,
Penulis Buku Rindu Menggamit Ke pIntu Syurga (Memoir Perjalanan ke Baitullah) yang juga merupakan seorang peguam di Tetuan Sabariah & Partners.

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds.